Orang Bisnes Wajib Ada Blog

Setiap orang bisnes wajib ada blog!

…..tapi

Mana blog Warren Buffet? Mark Zuckerberg? Elon Musk? Bill Gates? …. Tak ada pun!

Mesti anda tertanya-tanya kenapa blog post saya ni mewajibkan setiap orang bisnes wajib memiliki blog?

Seperti persoalan di atas. Kenapa tidak ada satu blog pun ditulis oleh mereka sendiri? Jangan samakan mereka dengan orang bisnes seperti kita.

Mereka bangun mencipta duit dengan bukti kejayaan penciptaan teknologi. Kejayaan terbukti itu mengangkat nama mereka sendiri.

Mereka tidak perlu tulis untuk orang ramai. Sebaliknya orang ramai tulis tentang mereka.

Tahukah anda kenapa orang bisnes wajib miliki blog?

….sebab

Kita perlu membina personal branding. Bisnes kita kurang power. Bisnes kita tidak cukup power bagi impak kepada orang sekeliling kita. Buktinya?

Kurangnya orang “cakap-cakap” tentang kebaikan bisnes kita.(Word of Mouth Marketing).

So dengan menulis di blog, kita dapat tarik minat followers kita. Ia dapat meningkatkan keyakinan pelanggan dan bakal pelanggan (prospek) terhadap bisnes kita.

Kita nak apa yang kita cakap, semua orang akan percaya. Kita nak apa yang kita jual, semua orang akan beli. Itulah kuasa personal branding.

Namun begitu, ia satu perjalanan yang jauh dan perlu bermula dari sekarang untuk meningkatkan personal branding.

Senang cari maklumat berkenaan personal anda dan bisnes jualan anda. Orang bisnes yang menggunakan 100% Facebook sebagai platform jualan adalah 100% kesilapan.

Facebook adalah sebuah platform sosial media semata-mata. Ia hanya menghubungkan anda dengan pengguna-pengguna FB yang lain.

Sebenarnya ramai friendlist Facebook kita tidak tahu apa yang kita sedang jual, sedang kita lakukan, dan kerja atau bisnes yang kita sedang jalankan.

Mereka tidak tahu dan mungkin tidak ambil tahu pun.

Mereka hanya tahu yang anda seorang yang kerap mengeluh di facebook (ini paling menjengjelkan.. Sila elak!)

Baik, bagaimana sekiranya ada prospek pelanggan yang ingin mengenali lebih lanjut tanpa menghubungi anda?

Ya… Dengan menulis blog. Mereka hanya perlu akses blog anda dan baca hasil-hasil penulisan anda.

Sudah tentu, dengan penulisan berkaitan bisnes anda menjadi maklumat releven untuk mereka

Satu lagi…

Bagaimana jika prospek pelanggan anda ingin mencari maklumat produk jualan anda secara detail? Almaklumlah, wall facebook anda pun dah jadi rojak dengan posting yang tidak berkaitan.

Jawapannya menulis blog…

Sudah tentu, dengan penulisan berkaitan bisnes anda menjadi maklumat releven carian mereka.

Cipta penulisan berkaitan bisnes anda. Kategorikan dan susun supaya mudah dicari oleh robot Google dan prospek pelanggan.

Ingin tahu bagaimana? Ikuti blog post saya masa akan datang. Saya akan bimbing korang sebaiknya.

Cari follower tegar anda. Kita sebagai orang bisnes tidak akan mampu berdiri teguh tanpa pelanggan. Mereka adalah followers anda!

Saya yakin anda sudah tahu betapa susahnya mencari pelanggan baru berbanding menjaga pelanggan sedia ada.

Anda mungkin ramai follower di facebook tetapi mereka mungkin follower yang silent. Kebanyakkan posting krikk krikk tanpa engagement dua hala.

Maka dengan memiliki blog, anda akan membuat penulisan-penulisan yang dapat membina personal branding sebagai tujuan mendapatkan trust pelanggan selain mencipta maklumat penting berkaitan bisnes anda di dalam enjin carian Google!

Dah dapat trust, jangan biarkan mereka. Bawa mereka menjadi follower tegar anda.

Kongsikan tips penting bagaimana selesaikan masalah-masalah pelanggan anda. Ini mereka suka!

Secara tidak langsung, mereka akan ikut anda dengan mengikuti blog post anda setiap hari.

Bina hubungan untuk buat close. Mereka dah jadi follower tegar. Jangan sia-siakan mereka. Mereka mengharapkan lebih dari yang anda kongsikan.

Setelah membina hubungan dengan perkongsian maklumat yang berguna untuk mereka, anda sudah boleh dekati mereka (close) untuk booom kan jualan produk anda!

Buat! Jangan tidak buat yah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *