Adakah Saya Seorang Penulis?

Sebenarnya saya sudah lama ingin menulis. Saya mahu tulis sehingga terbit buku sendiri.

Hai, saya Achmad Noorafzam. Anda sedang membaca artikel blog post saya yang pertama dalam penulisblog.com.

Sambung…

Masalahnya, dahulu saya tidak tahu bagaimana menulis buku. Sekarang, saya sudah mula memahami proses terbit buku sendiri.

Sementara untuk memiliki buku sendiri, saya mahu menulis di blog. Banyak blog dah saya buka. Asyik tidak kena di hati. Asyik tukar dan padam.

Setiap kali habis penulisan bagi satu-satu tajuk itu, saya terus padam. Rasa tidak yakin hasil penulisan saya untuk dibaca.

….kini

Saya sudah berani untuk membuat ekspresi melalui penulisan.

Saya ingin berkongsi banyak perkara berkaitan dengan penulisan-penulisan di blog. Terutamanya berkaitan dengan duit dan menulis.

Saya harap Penulisblog.com ini adalah blog yang saya tidak tukar dan padam lagi. Sebabnya apa?

Sebab…

Rupa-rupanya domain name penulisblog.com pernah dimiliki oleh seseorang dari negara seberang. Cek punya cek, “Available” pula. Apa lagi, saya terus beli dan pasang self-hosted wordpress.

Bertuah saya kan?

Baiklah, seperti yang saya bagitahu di atas, saya akan kongsikan berkenaan dengan hal-hal penulisan terutamanya bagaimana mencipta duit dengan penulisan.

Saya ingin respon dari anda yang membaca, adakah anda berminat untuk bersama saya mencipta wang dari penulisan? Jika ya, komen artikel ini, jom kita saling bertukar-tukar idea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *